Thursday 23 April 2009

Maid 2 (samb video maid arituh)

received from my husband fwd nih.. saje share.. just a quick one.. nanti ade masa Fatin update cerita kami..
*******************************************************
Ramai yg dh tgk rakaman video ni. Ni aku tempek berita pasal si amah tu. Kisah yg berlaku 2 tahun lepas. Bagi yg ada maid, jika anak anda yg periang tetiba jadi murung, siasatlah dgn teliti puncanya.
*****

Amah pijak anak majikan kena 2 tahun
Berita Harian 3 Nov 2007
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menolak, menendang dan memijak anak perempuan majikannya yang berusia tiga tahun, Ogos lalu. Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27, dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos lalu. Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa di No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga 3.40 petang, 28 Ogos lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab. Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak mengambil minum ‘yogurt’. Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu rumahnya. Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera dengan teruk dan membuat laporan polis.
*************************
honestly, Fatin tak puas hati la penjara dua tahun jer.. knowing that she's about to be out there end of this year.. sbnrnyer yg penting, maid nih kene sedar ape dia buat adalah sangat2 salah.. maybe dia biasa dengan fenomena pijak2 org nih.. or biasa dipijak sebegitu.. ntah laa.. doa Fatin biar maid tuh sedar je ape dia buat.. ape kesan pada budak itu.. rosakkah organ badan n sebagainya.. I'm too emotional about maid.. sbb sendiri tgh pening dgn my maid.. huhuhu.. tp so far, maid kami, Fatin tak risau sgt pasal anak2 being around her.. unless dia terdesak sgt bab duit.. mmg Fatin akan risau sgt la..

5 comments:

  1. kalau budak tu nakal sekali pun tak payahlah nak tendang dan pijak kan...bayangkan kalau kita tendang dan pijak maid tu...
    risau juga letak anak kat nursery...entah apa yang mereka buat kat anak kita...

    ReplyDelete
  2. dlm ape keadaan pun.. tendang dan pijak itu adalah sgt keterlaluan.. budak? mane la dorang reti sgt lagi mane betul dan salah.. that maid is so dead kalu dpt kat fatin.. tiap kali fatin tgk video maid tuh, fatin nak nangis n rase marah smpi rase tanak tgk dah video tuh n nak remove.. tp fatin niat nak biar ibu bapa lain tahu n be more careful with their maids.. tade rase kasihan ke kat budak tuh..

    ReplyDelete
  3. ita tunjuk video ni kat fariz.. dia pun terkejut.. pengalaman ita ada maid dulu pun tak percaya kat maid dan memang anak2 walaupun ada maid ita hantar nursery.. nursery ita lebih percaya.. tapi dari segi membuat kerja rumah bagi yang berkerja tu rasa membantu.. tapi tu la tengok nasib dapat yang ok best la.. dapat yang pemalas .. lagi pening hehehehe...

    ReplyDelete
  4. hati2 bila nak pilih maid..jgn percaya 100% kat maid.

    ReplyDelete
  5. laH pon dah letak kat blog.. hehe

    ReplyDelete