Saturday, 12 December 2009
Our Children Hair Cut Day!
actually mata dah rase berat sgt.. but nak juga update kejap.. huhu.. kalu dan.. Khamis lepas Fatin potong rambut anak2.. huhuhu.. asal Ayah la tegur kulit kepala Hariz naik cam keping kulit kepala tuh sbb sini panas dan Hariz lak rambut lebat so selalu berpeluh.. bila Fatin bersihkan kulit kepala dgn minyak bayi, Hariz terus tertido.. selesa sgt la rase kulit kepala dia tuh.. kalu tak asyik gatal, garu2 sampi luka dan takleh tido.. Fatin actually perasan dah but asyik tak dan even nak telek pun tgk.. nasib Ayah la sian tgk dah terus sbb dah berkeping2.. lepas bersihkan kulit kepala Hariz, Fatin gunting rambut Hariz masa dia tgh tido atas riba.. tgh tido boleh la gunting rambut dia.. kalu tak, Fatin tak berani.. Hariz boy nih lasak.. tak leh dok diam.. then syampoo.. masa nih Hariz dah jaga laa.. jenuh juga.. Fatin main gunting with aim nak nipiskan rambut Hariz specially bhgn atas tgh.. lepas siap Hariz, kakka Farzana pun berminat gak nak gunting rambut.. tp lepas selesai gunting, syampoo n mandikan Farizah baru gunting rambut Farzana pula.. huhu.. nampak bersih sikit muka budak2 nih.. huhu.. mata dah berat sgt nih.. camne?
mata sgt berat.. lambatnya nak boleh upload gmbr nih..
anyway.. tgk kawan gmbr bercuti (Liza's act) teringin la nak g bercuti gak.. but with 5 total of us.. pk blk.. takpe la.. nanti laa.. anak2 nak membesar.. guna byk sgt duit nih.. huhu.. kot
Friday, 4 December 2009
GST
actually Maghrib tadi kot.. Fatin sempat intai Berita Harian ker Utusan online and baca kerajaan akan perkenalkan GST next year.. Fatin agak terkejut sbb Fatin tak fikir langsung Malaysia sesuai dikenakan GST sbb keadaan rakyat sekarang adalah sudah sgt sukar utk mereka yg susah.. (sorry la.. Fatin bukan pandai berbahasa nih) kenaikan harga minyak sebelum nih dah buat byk harga brg naik.. dan dah membebankan rakyat.. hmmm.. plus kemudahan2 pengangkutan awam sebagai contohnya Malaysia masih sgt ketinggalan berbanding negara2 lain yg amal GST (although bukan semua la kalu nak compare) but pendek kata.. ntah laa.. sian rase pada rakyat yg susah.. ini cuma la pandangan personal Fatin.. dah la b4 tak ingat bila Fatin ade terbaca yuran tambahan sekolah akan diperkenalkan.. hmmm.. siannya org ade anak2 kecil n ramai lak tuh..
GST tidak bebankan rakyat
pengarang@utusan.com.my
|
|
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memastikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dirancang untuk diperkenalkan tahun hadapan tidak akan membebankan rakyat terutama kumpulan berpendapatan rendah.
Menurut Perdana Menteri, barangan keperluan asas yang banyak digunakan rakyat akan dikecualikan daripada GST.
“Untuk meneruskan (pengenalan GST) kita akan lakukannya dengan struktur yang teratur dan lembut di mana cukai akan diperkenalkan secara semula jadi sejajar dengan tahap perkhidmatan dan cukai jualan agar ia (GST) tidak menjadi satu beban tambahan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam ke-41 Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) di sini malam ini.
Hadir sama Presiden FMM, Datuk Mustafa Mansur.
Sebelum ini, FMM dilaporkan bimbang dengan cadangan pelaksanaan GST yang disifatkan tidak sesuai untuk Malaysia dan patut ditunda bagi jangka masa yang tidak pasti.
Melalui satu kenyataan, FMM menyebut Hong Kong telah menilai dan menghentikan keputusannya untuk melaksanakan GST walaupun nisbah dagangannya berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah 404 peratus dan 98 peratus daripada perniagaannya tertumpu kepada perusahaan kecil dan sederhana.
Kenyataan itu menjelaskan, ahli perniagaan Australia juga telah menggesa kerajaan mereka mengurangkan GST daripada 10 peratus kepada lima peratus bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
Najib menjelaskan bahawa pengenalan GST di negara ini adalah satu bentuk keperluan jangka panjang memandangkan pergantungan negara kepada sektor petroleum sebagai penyumbang utama pendapatan perlu diganti dari sekarang.
Jelas beliau, seperti yang diketahui umum, pengeluaran petroleum negara tidak akan kekal selama-lamanya.
“Untuk memastikan negara terus bergerak, kita merancang untuk memperkenalkan GST yang akan membantu mengatasi sebarang kehilangan pendapatan cukai akibat pengurangan simpanan minyak kita,” jelasnya.
Kata beliau, pengenalan GST bukan semata-mata untuk mengenakan cukai ke atas barangan dan perkhidmatan tetapi bagi mempelbagaikan punca pendapatan agar negara tidak hanya bergantung kepada satu sektor untuk ia bergerak pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga malam ini mendedahkan bahawa Malaysia akan memperkenalkan model ekonomi baru dalam beberapa minggu akan datang.
“Model ekonomi ini bukan sahaja akan membentuk kembali aktiviti dan perancangan ekonomi kita, tetapi juga masyarakat kita.
“Bagi membantu pengenalan ini, kita telah menubuhkan satu pasukan pakar ekonomi tempatan dan antarabangsa di bawah Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan,” katanya.
Jelas beliau, pengenalan model ekonomi baru adalah tepat pada masanya kerana walaupun ekonomi Malaysia memperlihatkan tanda positif, namun ia belum keluar dari ‘kegelapan’ sepenuhnya.
Kata Najib, pengenalan model ekonomi baru juga sejajar dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan kedudukan negara dari ekonomi pendapatan sederhana kepada negara dengan ekonomi berpendapatan tinggi.
Beliau juga melahirkan keyakinan keluaran negara kasar akan turut memperlihatkan peningkatan yang kukuh pada tahun hadapan.
GST lebih produktif, berkesan kukuh ekonomi negara
IU berhubung hasrat kerajaan mahu memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan perkara baru. Ia sudah ditimbulkan sejak era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad hingga Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini, Datuk Seri Najib Razak. Dua minggu lalu, Perdana Menteri yang yang juga Menteri Kewangan mengumumkan, rang undang-undang GST akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi. Minggu lalu pula, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, regim GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka dapat menjana pendapatan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan apabila diperkenalkan dalam tempoh 18 bulan selepas Mac depan. Sebenarnya, GST ialah cukai terhadap semua barangan dan perkhidmatan yang digunakan pengguna. Oleh sebab asasnya yang lebih luas berbanding SST, ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan. Fakta bahawa GST kini diguna pakai oleh 143 buah negara di dunia menunjukkan ia adalah antara sistem percukaian pilihan kerana berkesan serta produktif. Maka apabila ada pihak cuba menjadikan cadangan pelaksanaan GST sebagai modal politik, ia sesuatu yang amat menghairankan kerana sebenarnya memang tiada alasan untuk mereka berbuat demikian. Ini kerana, matlamat utama pelaksanaan GST ialah membantu mengukuhkan ekonomi negara dan mengatasi sebarang kemungkinan kejatuhan perolehan cukai yang dipengaruhi penurunan rizab minyak.
Tidak dinafikan, cukai - dalam bentuk atau nama apa pun, pasti menyusahkan orang ramai yang terpaksa membayarnya. Bagaimanapun, kita yakin kerajaan amat prihatin dengan perkara itu dan akan memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat. Seperti dijelaskan Najib, GST bukan bertujuan mengenakan cukai terhadap barangan keperluan atau perkhidmatan asas. Mengambil kira ia sudah dicadangkan sejak sekian lama, GST itu tentunya akan dirangka dengan kaedah berkesan dan tidak menyusahkan golongan pembayar cukai. Paling penting, kerajaan dijangka memperkenalkan langkah memastikan GST yang dilaksanakan dapat dikawal ketat bagi memastikan ia tidak dimanipulasi golongan peniaga untuk menipu. Jika pelaksanaannya dapat dilakukan dengan sempurna, GST sebenarnya boleh memberi pelbagai manfaat kepada negara dalam jangka panjang. Selain memastikan sistem ekonomi yang lebih berdaya saing dan cekap, hasil cukai yang dipungut menerusi GST juga boleh disalurkan untuk pelbagai tujuan pembangunan yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa tiada alasan untuk pelaksanaan GST dipolitikkan. Perbuatan segelintir pihak tidak bertanggung jawab yang cuba menangguk di air keruh itu sekadar mendedahkan tembelang mereka yang sebenarnya cetek akal dan cuba mensabotaj apa jua usaha memantapkan lagi kedudukan ekonomi negara.
p/s: click pada tajuk utk pergi ke laman BH dan Utusan itu..
Wednesday, 2 December 2009
Today's morning activities
Anyway, pagi nih Fatin bawa anak2 turun main playground after breakfast.. breakfast pun tak kemas lagi masa tuh sbb takut Hariz dah ngantuk sgt n nak tido.. its been days since we went out.. previous one was last Sunday.. dgn baju2 tido budak2 turun.. hehe.. sneang blk nanti mandikan bersihlah dorang.. kalu dah mandi nanti blk kotor blk.. huhuhu.. lepas main kat playground.. Fatin saje bawa anak2 g 'garden' kat tingkat 6 lak.. ade playground juga.. abis la about half an hour bawa budak2 keluar.. biasa tak sempat nak bawa anak2 kuar main pagi2 sbb either lepas breakfast n kemas Fatin start masak utk lunch or nak vakum or kemas rumah or Hariz dah napping or dah nak di nursed so takkan nak nyusu kat luar kan.. huwaa.. lama dah lantai rumah nih tak bermop.. kerja cam tak berhenti jer.. huhuhu.. nak buat camne.. Hariz still breastfeeding.. then ade Farzana n Farizah yg sedang membesar dan rajin mengexplore dan membuat sepah.. n masak memasak juga kerja2 bersih perlu dibuat.. termasuk la laundry n etc.. semua buat sprg.. huwaaaa.. ponat! hehe.. (lepas sikit.. huhu)
so saje Fatin nak share gmbr2 yg sempat snap pagi td.. b4 ade je amik gmbr but malas nak cari mana gmbr2 nyer.. nanti ade masa nak update citer Merlion.. ala yg patung yg jadi 'mercu tanda' Singapore tuh.. first time kami g Sabtu lepas kot..
budak2 skang tgh tgk cartoon kat TV.. ok la.. nak kene panaskan lauk semlm utk lunch dorang.. huhu.. (mmg dah plan nak mkn yg semlm nyer je today..)
p/s:- gmbr nanti la upload.. tak dan dah nih.. huhuhu..
4/12 : tried to do it today..internet is slow kot.. cant sit here long.. got things to do.. will try again..